Meningkatkan tenaga buat atlet-atlet

Minda anda dipenuhi dengan gambaran warna warni kehidupan yang menarik. Terdapat banyak perkara-perkara yang perlu dicapai. Tetapi setiap kali anda melakukan sesuatu tugasan, anda mendapati diri anda terlalu letih dan lesu. Perkara biasa? Jangan biarkan kekurangan tenaga memusnahkan impian anda! Minyak kelapa dara dapat membantu anda.

Oleh itu, ramai orang mengalami masalah keletihan yang kronik. Kaedah yang paling biasa digunakan adalah dengan pengambilan kopi. Tetapi penggunaan kafein sering tidak digalakkan kerana ia menyebabkan ketagihan dan boleh memberi masalah kesihatan. Alternatif yang lebih baik adalah penggunaan minyak kelapa dara.

Ia bukan sekadar diambil hanya apabila seseorang itu berasa letih ,  pengambilan minyak kelapa dara adalah  untuk mengalihkan tenaga anda ke gear yang lebih tinggi. Tidak seperti kopi, ia tidak menyebabkan ketagihan. Kesan yang menggalakkan ini telah diiktiraf oleh penyelidik dan pelbagai pakar individu. 




Sering digunakan oleh atlet untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik dan daya ketahanan yang lebih kuat,  minyak kelapa dara sering digunakan didalam penghasilan air minuman sukan buat para atlet-atlet.

Bagaimana Ia Berfungsi?

MCFA (asid lemak rantaian sederhana) dalam minyak kelapa dara sampai terus ke hati dan dengan serta-merta ditukarkan kepada tenaga. Ia juga meningkatkan metabolisme sebagai MCFA mudah diserap oleh organel tenaga dalam menghasilkan sel-sel.

Jika anda mahukan tenaga yang lebih, amalkan minyak kelapa dara di dalam diet harian anda.  Pengambilan satu sudu besar minyak kelapa dara ke dalam minuman atau dimasukkan bersama hidangan kegemaran anda.