Khasiat dan kelebihan utama minyak kelapa dara

Secara kesimpulannya, ini adalah khasiat dan kelebihan utama minyak kelapa dara:


Membantu mengatasi masalah jerawat
Berfungsi sebagai antioksidan semulajadi untuk kecantikan kulit
Membantu menyokong kesihatan badan secara umum
Membantu menambah dan meningkatkan tenaga di dalam badan
Membantu bagi yang ada masalah cepat rasa letih kerja seharian
Membantu mengawal berat badan yang berlebihan
Membantu merawat pelbagai masalah kulit (psoriasis, eczema, ruam)
Sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas
Selain di makan terus,boleh juga disapu pada kulit yang bermasalah untuk rawatan luaran
Sesuai untuk lelaki dan perempuan
Membantu melawaskan pembuangan, masalah buasir dan sembelit (susah berak)
Membantu meningkatkan metabolisma didalam badan
Berfungsi sebagai makanan tambahan untuk pencegahan
Membantu mengekalkan kulit yang lembut dan licin
Membantu memberikan nutrien penting kepada rambut
Membantu meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
Membantu melancarkan sistem pembuangan (pencernaan)
Membantu bagi mengatasi masalah alahan (allergic)
Membantu mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat
Sesuai bagi wanita mengandung, menyusu dan ketika dalam pantang
Membantu memudahkan proses bersalin
Membantu mengurangkan masalah ketika datang haid

Tingkatkan antibodi anda

Kita sedang didalam  kehidupan duniawi yang semakin pesat dengan pembangunan. Setiap hari, kita terdedah kepada beribu-ribu, malah berjuta-juta kuman, yang menjadi pengacau dalam aktiviti harian anda. Mempunyai sistem imun yang lemah sama seperti menawarkan diri terdedah kepada serangan pelbagai penyakit. Ia boleh membuat hidup anda tidak selesa. Penyakit yang kerap boleh merosakkan kerjaya anda dan menjejaskan anda daripada menikmati kehidupan yang sempurna.

Sebagai contoh, rakan sekerja anda sering bersin disebabkan masalah selesema. Dan juga alahan terhadap debu, haiwan peliharaan serta memakan makanan laut.Ini adalah tanda-tanda bahawa rakan anda mempunyai sistem imun yang lemah. Antibodi badan yang baik boleh dikawal dengan penggunaan atau khasiat daripada produk buah kelapa sebagai contoh.
Dunia tidak banyak berubah.  masih terdapat penawar terbaik sebagai pencegahan untuk kekal sihat.




VCO Perisai yang Berkuasa

Minyak kelapa dara adalah prdouk luar biasa untuk dijadikan bahan antimikrob yang membunuh virus berbahaya, bakteria, kulat, dan parasit. Ini telah ditemui pada tahun 1966 oleh Jon Kabara Ph.D. dalam usaha untuk menyelesaikan masalah penyediaan makanan. Apabila kelapa dicerna, ia akan dipecahkan kepada asid lemak monoglycerides.  Asid lemak rantaian sederhana yang hadir dalam minyak kelapa yang mempunyai ciri-ciri antimikrob Asid Laurik, asid Capric, dan asid kaprilik.

Pembentukan monoglyceride, monolaurin, monocaprylin, dan monocaprin juga menghalang mikrob daripada merosakan sistem imun. Monolaurin (monoglyceride bentuk asid laurik) dianggap mempunyai kesan yang terbaik dijadikan sebagai antivirus, antikulat dan antibakteria.

Susu ibu manusia mengandungi trigliserida rantaian sederhana (MCT) yang tidak hanya berfungsi sebagai khasiat untuk bayi yang baru lahir, ia juga melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti penyakit. Ini dikatakan sama seperti yang terdapat dalam minyak kelapa dan mempunyai sifat antimikrobial yang sama.

Cuba kukuhkan sistem pertahanan badan anda dengan minyak kelapa dara!