Penggunaan Minyak Kelapa Dara di-serantau dunia

Sejarah telah membuktikan pengunaan minyak kelapa sejak beribu tahun lamanya. Fakta sejarah menunjukkan ianya telah dijadikan sebagai sumber makanan serta ubatan oleh masyarakat daripada perlbagai kaum di seluruh dunia.

Contoh ialah seperti berikut:
India- Minyak kelapa digunakan sebahagian daripada rawatan Ayurveda semenjak 5000 tahun yang lalu. Kaedah rawatan ini digunakan sebagai rawatan tradisi masyarakat India. 
Panama- Masyarakat Panama mengamalkan minum segelasminyak kelapa untuk mengelakkan mereka daripada sebarangpenyakit. Minyak kelapa dipercayai membantu proses penyembuhan penyakit. 
Jamaica- Minyak kelapa digunakan sebagai tonik kesihatan yang berkhasiat kepada jantung. Tonik kesihatan tersebut berupaya untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. 
Nigeria, Somalia, Ethiopia- Minyak daripada jenis spesis kelapa di kawasan tersebut digunakan secara meluas dalam perubatan tradisi mereka. Minyak tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. 
Masyarakat Samoa menggunakan minyak kelapa untuk mengubati pelbagai penyakit dan kecederaan. Kaum ibu juga sering mengurut badan anak-anak mereka menggunakan minyak kelapa. Kanak-kanak tersebut terbukti mempunyai tulang yang kuat serta kulit mereka bebas dari sebarang jangkitan kulit. Ubun kepala bayi yang baru lahir juga digalakkan diurut dengan minyak kelapa.Urutan tersebut berupaya untuk mencegah bayi daripada sebarang penyakit. Bayi yang mengalami pertumbuhan gigi juga sesuai untuk disapu minyak kelapa. 
Thailand, Sri Lanka - Minyak kelapa digunakan sebagai minyak memasak. Minyak kelapa serta santan menjadi menu diet mereka. Minyak kelapajuga digunakan sebagai bahan kosmetik serta ubat-ubatan. 






Amerika Tengah dan Selatan - Pengamal perubatan tradisional menggunakan minyak kelapa untuk menyembuhkan para pesakit. Ia juga digunakan sebagai makanan dan ubat-ubatan. 
Filipina - Masyarakat tradisi Filipina dahulunya menyapu minyak kelapa untuk menyihatkan rambut serta menghitamkannya. Minyak kelapa juga mempercepatkan proses peyembuhan luka serta tulang yang patah. Ianya sering disapu di bahagian sendi serta bahagian urat yang bermasalah. 
Zanzibar - Minyak kelapa digunakan sebagai bahan utama untuk pembuatan lilin, minyak diesel serta pembekal tenaga alternatif. 
Indonesia - Para wanita menggunakanminyak kelapa pada rambut dan badan mereka kerana ia mampu menyihatkan bahagian tersebut.Minyak kelapajuga digunakansebagai bahan masakan. 
Malaysia - Pengusaha produk kesihatan bergiat aktif dalam menghasilkan produk dari hasil khasiat buah kelapa yang semulajadi segar.