Ganjaran kepada atlet-atlet | Minyak Kelapa Dara


  • Atlet memerlukan tenaga yang secukupnya untuk berjaya dan air minuman sukan boleh membantu prestasi mereka.  Untuk memastikan air minuman sukan ini boleh membantu meningkatkan prestasi atlet, pengeluar minuman sukan telah menggunakan pelbagai ramuan istimewa untuk memastikan produk minuman sukan yang hebat dan berkhasiat.
  • Walau bagaimanapun pengeluar produk minuman tersebut,tidak perlu lagi bersusah payah kerana adanya kelapa dara asli yang sedia maklum berkhasiat untuk diminum.
  • Tidak dinafikan lagi, pokok kelapa mempunyai pelbagai khasiat. Bermula dari batang pokok serta daun dan buahnya, pelbagai keajaiban dapat diperolehi darinya termasuklah penghasilan minyak kelapa dara yang berkhasiat.
  • Selain daripada itu, buah kelapa muda sangat berkhasiat serta berupaya untuk dijadikan minuman nutrisi kepada para penggiat sukan.
  • Penduduk daripada kawasan Tropika sering minum air kelapa kerana tumbuhan tersebut tumbuh dengan suburnya dikawasan tersebut. Air kelapa dijadikan sebagai makan nutrisi tambahan untuk dibandingkan dengan susu dan jus buah-buahan yang lain-lain.
  • Jika dibandingkan dengan susu, air kelapa mengandungi kurang lemak tetapi mempunyai jumlah kandungan potassium yang lebih berbanding pisang. Air kelapa juga kurang berasid dan mengelakkan dari berlakunya ketidak selesaan perut.
  • Umum mengetahui bahawa kelapa merupakan pembekal tenaga kepada manusia, manakala air kelapa berfungsi meredakan kelesuan dan meningkatkan stamina. Sama seperti minyak kelapa dara, air kelapa juga berfungsi untuk menyembuhkan penyakit seperti batu karang, jangkitan saluran knecing dan sebagainya.
  • Air kelapa yang mengandungi kandungan gula yang rendah juga sesuai untuk pesakit kencing manis.