Asas penggunaan didalam kehidupan harian

VCO adalah minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa daripada pokok kelapa menggunakan teknik yang asli, dimana proses produksi minyak kelapa dara tidak perlu melalui proses pemanasan. Biasanya, pembungkusan produk minyak kelapa dara adalah ringkas dan biasa. Namun khasiatnya adalah sangat baik dan terdapat pelbagai cara penggunaan yang boleh untuk di-guna pakai.


Jika anda memperoleh produk minyak kelapa dara yang diluluskan, anda boleh gunakan untuk beberapa perkara asas seperti berikut



  • VCO mampu meningkatkan kesihatan - Mengambil dengan secara minum atau disapu dapat membantu memberi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Laporan mengatakan, penggunaan minyak kelapa dara, khasiatnya dapat mengelakkan penyakit seperti lemah jantung, kanser dan ' colon disorders '.
  • VCO boleh membantu dalam mengurangkan berat badan anda. VCO dapat mengekalkan berat badan yang ideal. Minyak kelapa dara adalah diet makanan yang sempurna serta membolehkan anda makan lemak! Lemak minyak kelapa mempunyai kurang kalori daripada lemak lain dan menggalakkan kesihatan yang baik. Tidak seperti lemak yang lain, ia tidak dibungkus ke dalam lipoprotein dan diedarkan dalam aliran darah. MCFAs dihantar terus ke hati dan dengan serta-merta ditukarkan kepada tenaga. Ia juga membantu pelancaran proses penghadaman.
  • Selain menggunakan minyak sayur-sayuran, mentega dan marjerin, sebagai minyak untuk goreng makanan, VCO adalah alternatif yang terbaik. Berbeza dengan minyak sayur-sayuran yang diproses dan dihasilkan daripada radikal bebas (penyebab utama penuaan) apabila dipanaskan. VCO adalah lemak tepu yang tidak mengeluarkan radikal berbahaya yang boleh membawa masalah terhadap kesihatan seseorang.
  • VCO juga dapat menjaga seri wajah anda. Dengan menggunakan VCO untuk penjagaan kulit, ia perlahan-lahan dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dan melembapkan kulit, meninggalkan seri, licin, bebas kedutan muka dan memberi pelinciran ketika bercukur.