Asas penggunaan didalam kehidupan harian

VCO adalah minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa daripada pokok kelapa menggunakan teknik yang asli, dimana proses produksi minyak kelapa dara tidak perlu melalui proses pemanasan. Biasanya, pembungkusan produk minyak kelapa dara adalah ringkas dan biasa. Namun khasiatnya adalah sangat baik dan terdapat pelbagai cara penggunaan yang boleh untuk di-guna pakai.


Jika anda memperoleh produk minyak kelapa dara yang diluluskan, anda boleh gunakan untuk beberapa perkara asas seperti berikut



  • VCO mampu meningkatkan kesihatan - Mengambil dengan secara minum atau disapu dapat membantu memberi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Laporan mengatakan, penggunaan minyak kelapa dara, khasiatnya dapat mengelakkan penyakit seperti lemah jantung, kanser dan ' colon disorders '.
  • VCO boleh membantu dalam mengurangkan berat badan anda. VCO dapat mengekalkan berat badan yang ideal. Minyak kelapa dara adalah diet makanan yang sempurna serta membolehkan anda makan lemak! Lemak minyak kelapa mempunyai kurang kalori daripada lemak lain dan menggalakkan kesihatan yang baik. Tidak seperti lemak yang lain, ia tidak dibungkus ke dalam lipoprotein dan diedarkan dalam aliran darah. MCFAs dihantar terus ke hati dan dengan serta-merta ditukarkan kepada tenaga. Ia juga membantu pelancaran proses penghadaman.
  • Selain menggunakan minyak sayur-sayuran, mentega dan marjerin, sebagai minyak untuk goreng makanan, VCO adalah alternatif yang terbaik. Berbeza dengan minyak sayur-sayuran yang diproses dan dihasilkan daripada radikal bebas (penyebab utama penuaan) apabila dipanaskan. VCO adalah lemak tepu yang tidak mengeluarkan radikal berbahaya yang boleh membawa masalah terhadap kesihatan seseorang.
  • VCO juga dapat menjaga seri wajah anda. Dengan menggunakan VCO untuk penjagaan kulit, ia perlahan-lahan dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dan melembapkan kulit, meninggalkan seri, licin, bebas kedutan muka dan memberi pelinciran ketika bercukur.

Ganjaran kepada atlet-atlet | Minyak Kelapa Dara


  • Atlet memerlukan tenaga yang secukupnya untuk berjaya dan air minuman sukan boleh membantu prestasi mereka.  Untuk memastikan air minuman sukan ini boleh membantu meningkatkan prestasi atlet, pengeluar minuman sukan telah menggunakan pelbagai ramuan istimewa untuk memastikan produk minuman sukan yang hebat dan berkhasiat.
  • Walau bagaimanapun pengeluar produk minuman tersebut,tidak perlu lagi bersusah payah kerana adanya kelapa dara asli yang sedia maklum berkhasiat untuk diminum.
  • Tidak dinafikan lagi, pokok kelapa mempunyai pelbagai khasiat. Bermula dari batang pokok serta daun dan buahnya, pelbagai keajaiban dapat diperolehi darinya termasuklah penghasilan minyak kelapa dara yang berkhasiat.
  • Selain daripada itu, buah kelapa muda sangat berkhasiat serta berupaya untuk dijadikan minuman nutrisi kepada para penggiat sukan.
  • Penduduk daripada kawasan Tropika sering minum air kelapa kerana tumbuhan tersebut tumbuh dengan suburnya dikawasan tersebut. Air kelapa dijadikan sebagai makan nutrisi tambahan untuk dibandingkan dengan susu dan jus buah-buahan yang lain-lain.
  • Jika dibandingkan dengan susu, air kelapa mengandungi kurang lemak tetapi mempunyai jumlah kandungan potassium yang lebih berbanding pisang. Air kelapa juga kurang berasid dan mengelakkan dari berlakunya ketidak selesaan perut.
  • Umum mengetahui bahawa kelapa merupakan pembekal tenaga kepada manusia, manakala air kelapa berfungsi meredakan kelesuan dan meningkatkan stamina. Sama seperti minyak kelapa dara, air kelapa juga berfungsi untuk menyembuhkan penyakit seperti batu karang, jangkitan saluran knecing dan sebagainya.
  • Air kelapa yang mengandungi kandungan gula yang rendah juga sesuai untuk pesakit kencing manis.

Tiada proses pemanasan



Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara.


                                        


Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran. Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit. Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Penggunaan Minyak Kelapa Dara di-serantau dunia

Sejarah telah membuktikan pengunaan minyak kelapa sejak beribu tahun lamanya. Fakta sejarah menunjukkan ianya telah dijadikan sebagai sumber makanan serta ubatan oleh masyarakat daripada perlbagai kaum di seluruh dunia.

Contoh ialah seperti berikut:
India- Minyak kelapa digunakan sebahagian daripada rawatan Ayurveda semenjak 5000 tahun yang lalu. Kaedah rawatan ini digunakan sebagai rawatan tradisi masyarakat India. 
Panama- Masyarakat Panama mengamalkan minum segelasminyak kelapa untuk mengelakkan mereka daripada sebarangpenyakit. Minyak kelapa dipercayai membantu proses penyembuhan penyakit. 
Jamaica- Minyak kelapa digunakan sebagai tonik kesihatan yang berkhasiat kepada jantung. Tonik kesihatan tersebut berupaya untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. 
Nigeria, Somalia, Ethiopia- Minyak daripada jenis spesis kelapa di kawasan tersebut digunakan secara meluas dalam perubatan tradisi mereka. Minyak tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. 
Masyarakat Samoa menggunakan minyak kelapa untuk mengubati pelbagai penyakit dan kecederaan. Kaum ibu juga sering mengurut badan anak-anak mereka menggunakan minyak kelapa. Kanak-kanak tersebut terbukti mempunyai tulang yang kuat serta kulit mereka bebas dari sebarang jangkitan kulit. Ubun kepala bayi yang baru lahir juga digalakkan diurut dengan minyak kelapa.Urutan tersebut berupaya untuk mencegah bayi daripada sebarang penyakit. Bayi yang mengalami pertumbuhan gigi juga sesuai untuk disapu minyak kelapa. 
Thailand, Sri Lanka - Minyak kelapa digunakan sebagai minyak memasak. Minyak kelapa serta santan menjadi menu diet mereka. Minyak kelapajuga digunakan sebagai bahan kosmetik serta ubat-ubatan. 






Amerika Tengah dan Selatan - Pengamal perubatan tradisional menggunakan minyak kelapa untuk menyembuhkan para pesakit. Ia juga digunakan sebagai makanan dan ubat-ubatan. 
Filipina - Masyarakat tradisi Filipina dahulunya menyapu minyak kelapa untuk menyihatkan rambut serta menghitamkannya. Minyak kelapa juga mempercepatkan proses peyembuhan luka serta tulang yang patah. Ianya sering disapu di bahagian sendi serta bahagian urat yang bermasalah. 
Zanzibar - Minyak kelapa digunakan sebagai bahan utama untuk pembuatan lilin, minyak diesel serta pembekal tenaga alternatif. 
Indonesia - Para wanita menggunakanminyak kelapa pada rambut dan badan mereka kerana ia mampu menyihatkan bahagian tersebut.Minyak kelapajuga digunakansebagai bahan masakan. 
Malaysia - Pengusaha produk kesihatan bergiat aktif dalam menghasilkan produk dari hasil khasiat buah kelapa yang semulajadi segar.